Sunday 6 February 2022

Kisah pagi Ku


 


Bangun pagi arini, aku sedikit lambat. Lambat dari biasa.


Jam yang telah ku set seperti biasa aku biarkan dahulu kerana aku masih perlu menambahkan waktu tidur lagi.

Jujur, aku betul betul mengantuk.

Sedar tidak sedar jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi.

Lekas aku bangkit dalam keadaan mamai. Dalam otakku masih berfikir untuk menyiapkan penulisan entri yang harus disiapkan.


Aku ligat berfikir bagaimana untuk menjadikan penulisan ini menarik untuk dibaca kerana aku merasakan entri penulisan yang aku buat agak sedikit membosankan dan hanya sekadar untuk dibaca sahaja. Aku perlukan satu penyampaian yang menarik dan mampu memikat pembaca untuk berasa seronok ketika membaca penulisan aku kerana aku sudah merangka untuk menulis sebuah novel. Jadi semestinya aku harus lebih kreatis dan kritis untuk menghasilkan cerita yang menarik.


Aku juga ada meluahkan kekhuatiran aku  ni pada rakan penulisan ku juga.


"Saya tiada idea untuk untuk menulis dengan lebih baik, apabila saya baca penulisan ini agak sedikit hambar dan bosan, cerita semua hanya sekadar untuk pembacaan sahaja", dengan nada kecewa aku menaip wasap tersebut kepada kawanku.


"Mula mula penulisan akan kaku, itu proses yang normal, awak kena menulis hari hari". Balas temanku yang merupakan seorang penulis juga. Dia tahu untuk menjadi seorang penulis yang baik perlu hari  hari menulis. Itu adalah kunci menghasilkan penulisan yang baik.


Aku menambah." Nampaknya saya perlu banyak baca buku dan juga menulis setiap hari untuk memantapkan penulisan". Aku balas wasap tersebut dengan pandangan yang kosong. Aku perlu mengasah kemahiran menulis yang lebih baik setiap hari menerusi pembacaan juga. Itu adalah target yang telah aksu sasarkan.

Semalaman aku tidur agak lambat kerana sibuk menyiapkan entri terakhir yang perlu disiapkan. Aku lakukan dengan bersungguh- sungguh.


Untuk tugasan hari ini,proses yang sama berulang dimana aku perlu siapkan beberapa entri yang telah ditarget oleh guru kepada semua murid yang belajar penulisan ini.Ini adalah permulaan proses pembelajaran aku di dalam penulisan ini. Aku perlu menjadikan penulisan aku mantap dan menarik untu dibaca. Fikirku sambil menghirup kopi panas berwarna putih lutsinar. Sungguh enak sekali kopi jenama Nescafe ini.




Jom mula!









No comments:

Post a Comment

Ulasan Asas Penulisan Blog

Sememangnya pengalaman menulis sudah lama tidak dipraktikkan. Zaman sekolah sudah lama habis. Ini lah peluang ini untuk belajar. Bila difiki...