Saturday 5 February 2022

Thailand oh Thailand

Aku ada satu pengalaman yang seronok untuk dikongsi. Boleh kata berani dan mencabar kerana ianya adalah pengembaraan ke luar negara dengan cara memimunkan perbelanjaan disamping menjamin kepuasan yang maksimum.

Ini semua tips dari kawan aku yang jenis jimat dalam berbelanja serta mencari kaedah terbaik untuk berseronok pada masa yang sama. 


Pengalaman bercuti ke Thailand membawa aku untuk mengimbau kembali tentang keasyikan Negara Gajah Putih yang sering disebut sebut oleh pengunjung dari luar. Sudah tentu negara ini mempunyai keistimewaan tersendiri membuatkan orang ramai taksub untuk mengenali tentang keunikan negara Thailandd.

Sebelum nama Thailand diberi difahamkan Negara Thailand asalnya adalah negara Siam yang tidak pernah dijajah sama sekali oleh negara luar. Keunikan ciri dan budaya yang ditonjolkan membuatkan ramai pengnjung tertarik untuk ke Negara Gajah Putih ini. Malah dikhabarkan beberapa artis korea adalah  juga berasal daripada Thailand yang telah berjaya mencipta kejayaan di persada dunia seperti Nickun ( 2PM) dan Lisa ( Blackpink).

 


Kami yang turut mengalami keterujaan untuk ke Thailand telah merancang initeri khas dan membuat sedikit analisa mengenai tempat tempat menarik untuk dikunjungi. Jika diteliti terlalu banyak tempat yang boleh dikunjugi di Tahiland berdasarkan tempat pelancongan, tempat sejarah atau kedai kedai makan yang memperkenalkan makanan tradisi Thailand. Tidak menang tangan untuk ke semua tempat pada satu masa.

Jadi pemilihan yang terbaik kami telah memilih Krabi. Kita sedia maklum Krabi adalah sempadan yang menghubungkan Malaysia dengan Thailand di samping mempunyai darjah ketersampaian yang tinggi melalui jalan daratan khasnya pengunjung dari Malaysia yang memilih untuk menaiki kereta atau menaiki pengangkutan awam seperti train.


Untuk plan pertama, kami menaiki pesawat kerana perlu tiba ke sana lebih awal untuk menyingkatkan  waktu untuk terus berhibur ke Krabi di samping. Oops! terlebih daulu diingatkan tempahan tempat penginapan haruslah di tempah secara awal untuk mengelak sebarang kejadian yang tidak diingi berlaku apabila telah tiba di sana nanti.

Semestinya, laman web Agoda  yang menyenaraikan penginapan penginapan terbaik dengan harga berpatutan di Krabi. Kami sudah lama mengusyar hotel hotel di Krabu yang menawarkan bayaran yang berpatutan mengikut musim di Thailand. Mengikut musim hujan di Thailand pada bulan 10 adalah musim hujan di mana harga penginapan adalah jauh lebih murah berbanding bulan bulan lain.

Dari proses penempahan bilik RM80 untuk satu malam semuanya menjimatkan dan murah jika bijak dalam memilih.


Untuk penempahan tiket pesawat kami sendiri telah menempah di Syarikat Penerbangan  Air Asia yang dipromosikan harga tak masuk akal untuk menarik lebih banyak pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan beliau. Stategi marketing Air Asia menyebabkan Kadangkala Tiekt penerbangan" Sold Out" dalam waktu yang cepat. Apalagi terus kami book sebelum melepas.

Harga yang di offer hanya Rm 50 untuk satu hala. Murah Gila kan.


Jam menunjukkan 8.00 am  dan akan tiba pada 8.50 am kami telah tiba di Airport Krabi.


Pertama kali menjejaki kaki ke Thailand kami sudah teruja apatah lagi apabila melihat pengunjung pengunjung yang berkunjung dari luar negara.

Setelah melalui beberapa semakan oleh pihak kastam dan pegawai imigresen kami menaiki pengangkutan" tuk tuk " untuk  ke Hotel yang telah kami telah awal. Menaiki motor yang direka khas untuk membawa penumpang  untuk 2 orang adalah satu pengalaman yang menajubkan kerana Malaysia tidak mempunyai kenderaan pacuan roda seperi ini.

 

Setibanya di  Hotel tersebut, kami telah disambut baik oleh penymbut tetamu dan juga pengusaha bisnes yang mengendalikan bilik tempahan kami. Pengusaha perniagaan tersebut seorang yang ramah malah kami sendiri juga berbual bual tentang bagaimana kejayaan beliau dalam membina empayar perhotelan. Jika diamati, Hotel tersebut bersebelahan dengan sebuah cafe yang dihubungkan antara satu lain untuk mudah diakses oleh pelanggan untuk ke cafe tersebut.

Setelah itu, kami diberi kunci untuk check in dalam bilik untuk beristirehat. Jam sudah menunjukkan pukul 3pm kami terus bergegas untuk ke pelan seterusnya. Hotel merupakan kawasan yang berdekatan dengan pantai dan juga beberapa kedai kedai makan lain yang menunjukkan tradisi makanan Thailand bersiap sedia untuk dijamah. Namun,kami lebih tertumpu kepada barisan motosikal yang disusun di hadapan kedai. Amat elok buat pengunjung yang suka bersiar siar untuk menjelajah Krabi dengan lebih mendalam.

Dengan harga Rm 8  untuk satu jam kami berpeluang bersiar siar ke dalam kawasan Krabi tersebut. Sungguh tidak disangka Kawasan tersebut mempunyai pelbagai jenis tarikan kedai yang menjual cenderahati dan barang barang untuk berenang.


Semasa kami menjelajahi kawasan krabi tersebut menggunakan motosikal kami banyak begitu melihat kedai kedai makan di kawasan kampung tersebut. Puas meronda, kami pulang ke bilik sambil menjinjing buah yang dibeli di ekdai yang berdekatan dengan hotel kami. Oleh kerana terlalu penat kami tidaur dalam kepenatan.



Pada waktu malamnya ianya nampak lebih meriah kerana kawasan tersebut dihiasi oleh lampu yang berkelip kelip membarisi kawasan kedai kedai tersebut. Jika dilihat, setiap sudut kedai dipenuhi pelanggan yang menginkan aktiviti bersantai yang datang dari seluruh pelusuk negara.Kami berjalan satu tempat ke tempat lain untuk mencari makanan yang belum pernah dimakan. Mata kami teararah pada satu kedai yang menyediakan makanan seperti lempeng yang dipenuhi oleh peanut dan varisai jenis perasa untuk lempeng tersebut. 

Keterujaan kami di sana  membuatkan kami telah lebih banyak mengeksplorasi kawasan kawasan tersebut. Seterusnya kami telah bercadang untuk mencuci mata di kedai kedai berdekatan untuk membeli cenderahati untuk di bawa pulang. Lambakan kedai kedai di Kawasan Krabi tersebut membuatkan kami rambang mata untuk memilih cenderahati. Cenderahati yang kami beli adalah keychain untuk kenang kenangan. Pasti ianya berbaloi dan mudah untuk dibawa pulang. 


Selesai meronda ronda kawasan kedai tersebut kami telah singgah satu kedai makan yang menyediakan pelabgai juadah makanan.Makan yang diorder adalah Nasi Thailand yang menjadi best seller untuk pengunjung kedai ini. Setelah itu kami pulang setelah kekenyangan.


Sepanjang perjalan pulang, kami berhenti di kedai bergerak yang menjual pelbagai jenis sate kerana  teringin untuk menikmati juadah makanan Thailand sebelum pulang ke Malaysia. Jam menunjukkan pada pukul 10pm tetapi tempat tersebut dipenuhi oleh pengunjung yang msih menikmati kemanisan waktu malam yang singkat.kelihatan ada yang masih bersantai santai dan berbual bual. Ada yang masih sibuk untuk mengunjung  ke kedai kedai untuk membeli cenderehati. Tidak juga ada yang masih menikmati pemandangan pantai. Kesibukan malam di Krabi sangat adalah tarikan pengunjung yang memilih untuk menghabiskan waktu untuk bersantai untuk merasa kepuasan sewaktu bercuti. Kemudahan kedai kedai dan pemandangan di Krabi menjadi salah stau faktor Krabi dipenuhi oleh pengunjung pengunjung .



Keesokan harinya, kami sebelum bersarapan pagi, kami sempat singgah di Satu kedai Makcik yang boleh berbahasa Melayu yang berasal dari kelantan. Makcik tersebut sudah membuka kedai makan tersebut sudah 15 belas tahun . Sedikit keterujaan kami apabila kami mudah untuk berkomunikasi dengan makik tersebut dan bertanyakan mengenai tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi.


Peluang untuk ke pulau pulau amatlah dinanti nanti  kerana kami itu lah saat saat yang ditunggu oleh kami.Selepas bersarapan kami terus bergerak ke satu kedai yang menyediakan pakej menjelajah di pulau pulau krabi. Pake yang popular ditawarkan di Karabi adalah Island Hoping dimana 4 pulau yang hebat menjadi keutamaan buat para pengujung apabila tiba di Thailand. Untuk pulau Pertama yang akan dikunjungi adalah Chickn Island. Kenapa dipanggil Chickn Island ia bekaita dengan kepala ayam. Untuk pengetahun anda,nama chicken Island adalah disebabkan ukurn batu yang berbentuk ayam menajdi tarikan pengujung di sini.

Jadi anda boleh la belajar sedikir perkataan Thailand apabila bersama dengan pemandu bot dan mengetahu keunikan Chicken Island yang juga dipanggil Ko Kai.


Seterusnya Tup Island, pulau kecil yang berdekatan dengan Chicken Island menjadi daya tarikan oleh pengunjung kerana keunikan Crystal Clear Sand yang berbentuk Y apabila air surut . Memang cantik view di sini jika diamati dengan baik.


Berbanding pulau  Chicken dan Pulau Tup Pharanang Cave Island adalah pantai yang memang luas dikatakan berbentuk diamond.Terdapat satu gua terkenal dengan kisah dongeng mengenai penyembahan. Namun begitu, bentuk gua tersebut yang sesuati untuk aktiviti lasak menjadi akitivi rock climbing dijalankan kepada pengunjung luar. Oleh kerana aktivitikami amat takutkan ketinggian rock climbing bukanlah aktiviti yang sesuai untuk dilakukan.


Berbanding pulau pulau yang lain, kita dapat melihat kejernihan air di Pulau Poda yang bercirikan batu besar  yang mengadap pantai di pulau yang dikelilingi batu terumbu karang yang hidup dan pulau ini adalah yang berdekatan dengan pantai  Aonang. 


Keunikan 4 pulau di Krabi membuatkan pengunjung tidak putus putus untuk berkunjung.


kami akhirnya kembali ke bilik untuk bersiap sedia pulang. 

No comments:

Post a Comment

Ulasan Asas Penulisan Blog

Sememangnya pengalaman menulis sudah lama tidak dipraktikkan. Zaman sekolah sudah lama habis. Ini lah peluang ini untuk belajar. Bila difiki...