Sunday 6 February 2022

Menjual di Pasaraya

Kita biasa lihat sales girl atau sales man selalu terpacak berdiri depan kedai. Atau masa kita lalu depan kedai akan ada orang tegur kita untuk beli produk mereka. Kadang kala dari jauh kita boleh nampak penjual lelaki atau perempuan sudah terpacak memegang flyers berdiri tegak menunggu kita sambil menganga. Untuk hadapi situasi seperti ini aku sebagai pelanggan sudah biasa memandang panorama seperti ini. Tapi sebelum kita dah bersedia untuk "reject" orang tu dari menghampiri kita, aku dah buat langkh panjang untuk bergerak sepantas yang mungkin seperti kancil untuk menepis segala pujukan dan rayuan  abang dan kakak penjual di mall ini. Jadi bermakna aku sudah kunci poket aku ketat ketat dari awal sengaja untuk tidak menambah beban. Ditambah zaman ekonomi yang tidak menentu. Jadi aku gagahkan juga berjalan sambil pandang ke hadapan tidak menoleh noleh jika ditegur oleh abang dan kakak penjual yang manis.

Jika tidak pun aku akan menolak secara perlahan lahan sambil senyum, jadi itu kaedah terbaik untuk menolak servis dari penjual supaya mereka tidak ada rasa tersakiti apabila ada pelanggan yang sudah menolak awal awal untuk tidak memulakan perbualan dengan penjual yang akhirnya ke kancah membeli. 


Jadi sebenarnya, kenapa wujudnya penjual penjual di pasaraya ini? selalunya akan beramah mesra dengan pelanggan dengan berprodukkan diri mereka sebagai wakil jualan? Apa yang mereka rasa apabila meghadapi penolakan daripada pelanggan?


Jadi sebenarnya, aku juga salah seorang daripada merek yang selalu menghadapi penolakan terlebih awal hanya untuk mempromosi produk. Tapi aku chill kerana itu lumrah asam garam yang dihadapi oleh si penjual saban hari dalam mempromosikan produk mereka.


Jika mahu membeli pelanggan biasanya akan datang ataupun jika pandai berkata kata pembeli akan terus membeli tanpa perlu fikir panjang.

Tetapi jika pelanggan awal awal sudah menolak dan menjauh diri janganlah dipaksa. Aktiviti membeli akan jadi lebih mudah dengan persetujuan antara pembeli yang membeli dalam keadaan ceria. Kita sebagai penjual tentu akan lebih bahagia jika komisen mengalir masuk.


Namun, berapa ramaikah pelanggan yang sanggup membeli atau dalam erti kata lain sanggup mengeluarkan wang hanya untuk membeli produk yang dipromosi oleh penjual?kaitan penjual dan pembeli berkait rapat dengan keuntungan atau kerugian sesebuah syarikat. Maka, dengan strategi yang dilakukan oleh syarikat untuk untuk stabil dalam dunia perniagaan  stategi jualan harus ditingkatkan dengan segera.


Pengalaman menjual yang bagi aku tidaklah terlampau sukar tidaklah terlampau mudah jika kita mempunyai keinginan untuk belajar. bersama pelanggan. Meniaga secara offlice perlukan lebih keberanian untuk berhadapan dengan pelanggan, malah banyak kebaikan yang kita belajar secara spontan mengenai mengenai bidang penjualan.


Pengalaman menjual yang paling aggresive aku buat adalah menjual produk Kitkat dibawah kendalian Syarikat Nestle. Seingat aku sampai tiada stok sehingga habis licin ditambah dengan promosi percuma tupperware. Jika dilihat kembali Syarikat Nestle yang sudah lama bertapak di Malaysia mengeluarkan pelbagai produk mempromosi produk  seperti milo, maggie. Iklan iklan yang terpapar di kaca televiyen mampu menarik lebih banyak pelanggan untuk membeli produk nestle. Malah kerana sambutan yang menggalakan, produk nestle adalah produk yang paling laris di pasaran termasukla Kitkat. Jadi untuk aku memporomosi produk kitkat terasa tidak begitu sukar oleh kerana jenama Nestle adalah" trusted brand" dan menjadi pilihan ramai.


Bermula alkisah bagaimana aku mula terjebak dalam dunia penjualan di pasaraya.


Sampai di pasaraya tepat jam 8.30 pagi kerana aku perlu bersedia untuk buat jualan tepat pada 9 pagi.


Terperanjatnya aku apabila melihat Nestle melakukan promosi gila gila dengan setiap pembelian 2 pek Nestle Kitkat akan dapat percuma 1 container 2 tingkat. Ditambah promosi 1 pek sudah cukup murah iaitu RM 8.99. Jika beli 2 hanya berjumlah RM 18.99 sahaja! Masatu aku hanya bayangkan dengan adanya aku di pasaraya tersebut sambil mempromosi kitkat tersebut ditambah dengan pemberian percuma container semestinya akan buat ramai pelanggan akan semakin gila kitkat! Haha


Selesai aku menukar pakaian dengan logo Kitkat, bermula lah kerja aku untuk membuat promosi Kitkat tersebut.


Permulaan promosi sambil memegang coklat Kitkat aku sudah mendekati beberapa pelanggan dengan hanya beritahu promosi percuma container dengan setiap pembelian 2 pek kitkat sahaja. Setiap pelanggan yang memalui rak Nestle aku terus aku buat promosi tanpa berlengah lengah. Jika dilihatkan keadaan Mydin tersebut yang sedikit kecil aku mampu membuat promosi kepada setiap pelanggan kerana rak tempat aku berdiri tu  akan melalui  kaunter pembayaran. Maka berduyun duyun pelanggan pada satu masa akan lalu di rak aku hanya untuk membuat pembayaran.


Untuk permulaan penjualan sudah semestinya mempunyai rejection daripada pelanggan. Aku jadi berfikir bagaimana mahu tingkatkan jualan dengan lebih baik memandangkan free gift nya agak berbaloi dengan saiznya yang cukup besar. Sapa yang tidak mahu container yang besar ditambah harga promosi kitkat yang sudah cukup murah.


Jadi aku fokus pada matlamat aku untuk menjual Kitkat tersebut dengan lebih banyak, aku mula tukar strategi dialog kepada pelanggan.


Jika dikira 1 paket kitkat RM 9.99 ( harga promosi), namun jika pelanggan membeli 2 paket kitkat RM 18 + container 1 tingkat akan jatuh RM 9 untuk satu container. Agak berbaloi juga untuk dibeli kerana kontainer tersebut banyak kegunaan untuk mengisi kuih muih atau makanan disamping  bekas tersebut kedap udara.



Aku pun mula strategi aku dengan mempromosi kepada pelanggan yang sedang berjalan di hadapan.

Sedang sibuk membelek belek kitkat tersebut aku terjumpa seorang pelanggan yang lalu di rak aku berdiri.


" Selamat pagi, saya adalah Kina promoter yang mengendalikan produk Kitkat, untuk pengetahuan cik,setiap 1 pek Kitkat Nestle hanya RM9.99 . Tetapi jika beli 2 harga 1 pek akan jatuh pada RM9 dan secara tidak langsung encik akan dapat percuma 1 container". Aku terus tunjuk container yang besar gedabak kepada pelanggan tersebut.

Aku terus buat cara pengiraan  dihadapan pelaanggan supaya pelanggan nampak jelas keuntungan membeli produk coklat kitkat tersebut apabila diberi hadiah percuma kepada pelanggan.


Pelanggan tersebut berkata." Ok saya ambil" . Aku secara tidak langsung menghulur pek kitkat  tersebut sambil senyum senyum. Siapa yang tidak gembira jika pelanggan terus memberikan jawapan setuju. Berhasil!


Setiap pelanggan yang melalui rak tempat aku berdiri ataupun kadang kala aku yang mencari pelanggan di rak lain sambil mempromosi kitkat tersebut. Kebanyakan pelanggan semuanya membeli produk aku setelah  mendengar penjelasan aku. Jadi bermakna mereka juga bersetuju dengan promosi yang ditawarkan  oleh Kitkat disebabkan aku. Hahaha


Pasaraya tersebut akan sesak secara tiba tiba bergantung kepada waktu kerja pelanggan. Selalunya kesesakan akan bertambah apabila waktu tengahari dimana pelanggan akan keluar makan sambil membeli belah di Mydin tersebut. Kedudukan pasaraya tersebut yang berada di tengah tengah merupakan salah satu faktor kawasan tersebut menjadi tempat srategik dan mempunyai banyak pengunjung. Ini mempermudah kerja aku untuk membuat penjualan Kitkat kerana pelanggan tidak putus putus masuk ke pasaraya tersebut.


Pek kitkat mempunyai pelbagai jenis  yang dijual seperti Kitkat Wafer, kitkat Crunch Ball. Namun yang lebih difokuskan adalah kitkat 2 Finger dimana satu pek mempunyai 2 finger untuk 8 kembar batang.


Jadi berbaloi baloi jika dibeli untuk 2 pek.


Jam menunjukkan pukul 3 petang adalah waktu untuk aku berehat. Sebelum aku meinggalkan rak untuk makan, aku akan mengira kuantiti pek coklat yang telah dijual dan baki yang tinggal di rak, serta menyusun semula pek pek tersebut dengan lebih teratur supaya apabila aku pulang nanti pengiraan kali kedua akan dibuat semula untuk mengentahui bilangan stok yang telah diambil oleh pelanggan selama 1 jam aku berehat. Pengiraan yang tepat sangat penting untuk menganggarkan jumlah amaun yang berjaya terjual di pasaraya tersebut.


Selesai pulang berehat, aku telah membuat pengiraan kali ke 2 di mana aku mendapati kitkat 2f telah diambil oleh pelanggan sebanyak 20 peket, manakala paket crunch ball telah diambil sebanyak 7 paket. Jumlah pengiraan adalah 27 paket telah terjual selama 1 jam untuk jenama kitkat sahaja. Semuanya aku catit dibuah kertas yang diberikan oleh supervisor yang menguruskan aku. Untuk pengetahuan promoter bagi setiap outlet mempunyai supervisor yang akan berjalan ke pasaraya yang diberikan untuk melihat cara kami menjual barang mereka.


Jam menunjukkan pukul 8 malam di mana pelanggan mulai berkurang dan aku pun sudah pun dalam kepenatan pusing pusing dan ke tandas kerana mula berasa bosan. Awas, jika ada pelanggan yang lalu di rak cepat cepat aku  mempromosi produk. Memang sedikit penat, tetapi itulah lumrah dalam bekerja dalam bidang penjualan yang memerlukan komitmen yang tinggi kerana kita  jumpa pelbagai ragam dan jenis pelanggan.


Kdang kadang jika pelanggan tiada mood interaksi dia mungkin akan bermasam muka atau marah. Kita atau staff di situ terpaksa menerima apa sahaja tempias oleh sebab itu. Jadi komunikasi yang berkesan diperlukan bagi menghadapi pelbagai jenis pelanggan.


Sedang siap siap untuk pulang, ada seorang lelaki datang berkaca mata, berkulit coklat, kelihatan seperti pengunjung daripada luar negara.


Aku menyapa."Good evening sir, My name is Athirah, we do have promotion on going which we are selling kitkat for Rm18.99  for 2 packet entitled to get  container for free,here is the Chocolate".

Aku memberikan 1 paket kitkat kepada pelanggan tersebut untuk dibelek belek. Pelanggan tersebut terus bersetuju dan mengambil 20 paket sekali gus. Aku tersenyum tanda puas hati kerana catitan aku akan bertambah angka dan setelah dikira kira anggaran jualan yang dibuat di pasaraya tersebut sangatlah banyak.


Selesai mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tersebut dan menyerahkan beberapa container pelanggan tersebut berlalu pergi.


Untuk penutup terakhir, aku masih membuat pengiraan di rak dan membuat sedikit catitan anggaran untuk item yang telah aku jual. Cukup penat tapi puas.


Itulah pengalaman menjual yang tidak boleh aku lupakan.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Asas Penulisan Blog

Sememangnya pengalaman menulis sudah lama tidak dipraktikkan. Zaman sekolah sudah lama habis. Ini lah peluang ini untuk belajar. Bila difiki...