Wednesday 9 February 2022

Ulasan Asas Penulisan Blog



Sememangnya pengalaman menulis sudah lama tidak dipraktikkan. Zaman sekolah sudah lama habis. Ini lah peluang ini untuk belajar.

Bila difikir semula, aku menulis sebab aku minat sebenarnya.

Seni menulis sangat mendalam malah tiada siapa akan faham jiwa penulis apabila tidak mendalaminya.

Menulis itu bagiku adalah belaian jiwa dan terapi diri .Pencinta penulis mampu menzahirkan  jiwa karya yang sudah lama  dipendam, namun untuk memahirkan lagi seseorang perlu mengasah penulisan dengan lebih tajam untuk membuatkan penulisan lebih mantap bagi menghasilkan karya karya yang berkualiti.

Oleh itu, untuk menjadikan penulisan dicari cari ,menarik dan menjadi pilihan bacaan  oleh pembaca adalah apabila kita  sebagai penulis bersedia korbankan masa untuk membaca dan menulis setiap hari, serta membuat analisis yang lebih mendalam sesuatu tajuk. berkepitlah dengan buku dan pen dan bawalah ia kemana sahaja. Apabila sesuatu  ilham datang terus catit di buku. Abdikan perasaan cinta ketika menulis walaupun satu perkataan. Ia akan membuah nilai walaupun sedikit. Nasihat berguna dari penulis yang lain kepada aku.

Namun jika kita bercita cita menulis sebagai aktiviti sepenuh masa,  ia adalah batu loncatan sepenuhnya kepada perkara lain dimana  menuntut aku bersungguh sungguh untuk membuat suatu perkara. Malah untuk menulis sahaja aku perlu bersedia lebih awal iaitu aku perlu bangun pagi, aku perlu membaca banyak bahan ilmiah, aku perlu latih tubi. Itu perkara yang sudah dirangka awal sejak pembabitan awal dalam bidang penulisan.

Terima kepada Puan Masayu yang selalu beri reminder untuk menyiapkan entri pada masanya. Kepada  Cik  Hifzaila yang sering memberi tunjuk ajar dan membimbing rakan rakan lain untuk menyiapkan entri di blog mengikiut target setip hari.


No comments:

Post a Comment

Ulasan Asas Penulisan Blog

Sememangnya pengalaman menulis sudah lama tidak dipraktikkan. Zaman sekolah sudah lama habis. Ini lah peluang ini untuk belajar. Bila difiki...