Sunday 6 February 2022

Menjual di Pasaraya

   


    Kita biasa lihat penjual selalu terpacak berdiri depan kedai. Atau masa kita lalu depan kedai akan ada orang tegur kita untuk beli produk mereka. Kadang kala dari jauh kita boleh nampak penjual lelaki atau perempuan sudah terpacak memegang flyers berdiri tegak menunggu kita sambil menganga. Untuk hadapi situasi seperti ini aku sebagai pelanggan sudah lali. Tapi sebelum kita menghindari  orang tu dari menghampiri kita, aku dah buat langkah panjang untuk bergerak sepantas yang mungkin  untuk menepis segala pujukan dan rayuan penjual penjual kedai di pasaraya ini. Jadi bermakna aku sudah kunci poket aku ketat ketat dari keluarkan duit daripada membeli. Ditambah tambah zaman ekonomi yang tidak menentu. Jadi aku gagahkan juga berjalan sambil pandang ke hadapan tidak menoleh  jika ditegur oleh mana mana penjual.

Jika tidak pun aku akan menolak secara perlahan lahan sambil senyum, jadi itu kaedah terbaik untuk menolak layanan dari penjual supaya mereka tidak ada rasa bengang apabila ada pelanggan yang sudah menghindari awal awal.


Jadi sebenarnya apa tujuan wujudnya penjual di pasaraya? dan apa yang mereka rasa apabila menghadapi penolakan daripada pelanggan?


Jadi sebenarnya, aku juga salah seorang daripada mereka yang selalu menghadapi penolakan terlebih awal.Tapi aku chill. Sebab itu lumrah asam garam yang dihadapi oleh orang yang memasuki bidang jualan.


Jika mahu beli pelanggan biasanya akan datang ataupun jika pandai berkata kata pembeli akan terus membeli.

Tetapi jika pelanggan tidak mahu dan menjauh diri janganlah dipaksa. Aktiviti membeli akan jadi lebih mudah jika wujudnya persetujuan antara pembeli yang membeli dalam keadaan ceria. Kita sebagai penjual tentu akan lebih bahagia jika komisen mengalir masuk.Namun, berapa ramaikah pelanggan yang sanggup membeli atau dalam erti kata lain sanggup mengeluarkan wang hanya untuk membeli produk yang dijual oleh penjual di pasaraya?

Hubungan penjual dan pembeli berkait rapat dengan keuntungan dan rugi sesebuah syarikat. Oleh itu, syarikat melakukan strategi dengan cara menambah penjual bagi mengekalkan kestabilan  dalam dunia perniagaan  melalui kaedah stategi jualan sebegini.


Pengalaman menjual yang bagi aku tidaklah terlampau sukar tidaklah terlampau mudah jika kita mempunyai keinginan untuk belajar dan mengalami sendiri situasi sendiri rejection daripada pelanggan. Meniaga secara offlice perlukan lebih keberanian untuk berhadapan dengan pelanggan, malah banyak kebaikan yang kita belajar mengenai bidang penjualan ini.


Pengalaman menjual yang paling aggresive aku buat adalah menjual produk Kitkat dabawah kendalian Syarikat Nestle. Seingat aku sampai tiada stock habis licin ditambah dengan promosi free tupperware. Jika dilihat kembali Syarikat Nestle yang sudah lama bertapak di Malaysia dengan mempromosi produk lain seperti milo, maggie. Iklan iklan yang terpapar di kaca televiyen meningkatkan engagement antara pelanggan untuk mencuba produk keluaran nestle. Malah kerana sambutan yang menggalakan, produk nestle adalah produk yang paling laris di market termasukla kitkat. Jadi untuk aku memporomosi produk kitkat terasa tidak begitu sukar oleh kerana brand nestle adalah" trusted brand" dan menjadi pilihan ramai.


Bermula alkisah bagaimana aku mula terjebak dalam dunia penjualan di pasaraya.


Sampai di outlet Mydin Kuala Lumpur 8.30am kerana aku perlu bersedia untuk buat jualan pada jam 9 pagi.


Sungguh terperanjat apabila melihat Syarikat Nestle buat promosi gila gila dengan setiap pembelian 2 pek nestle kitkat akan dapat percuma 1 container 2 . Ditambah promosi 1 pek dengan yang murah iaitu RM 8.99. Jika beli 2 hanya berjumlah RM 18.99 sahaja! Ketika itu aku dapat  bayangkan dengan mudahnya aku  mempromosi kitkat dengan harga yang berbaloi baloi ditambah  percuma container semestinya akan buat ramai pelanggan gila kitkat! Haha


Selesai aku menukar t Shirt dengan Tshirt logo Kitkat, bermula lah kerja aku untuk membuat jualan untuk promosi Kitkat tersebut.


Sevagai permulaan aku memegang coklat Kitkat aku dan aku mendekati beberapa pelanggan dengan hanya  berbuahkan mulut untuk promosi container dengan setiap pembelian 2 pek kitkat sahaja. Setiap pelanggan yang memalui shelf aku terus aku buat promosi tanpa berlengah lengah. Jika dilihatkan keadaan pasaraya tersebut yang sedikit kecil aku mudah untuk berurusan dengan pelanggan kerana rak tempat aku berdiri tu berdekatan dengan kaunter pembayaran. Maka berduyun duyun pelanggan pada satu masa akan memalui rak aku untuk sebelum membuat pembayaran.


Ketika baru sahaja menjual aku melalui fasa rejection  daripada pelanggan. Mungkin teknik yang digunakan tidak betul betul baik. Aku jadi berfikir bagaimana mahu tingkatkan jualan dengan lebih baik memandangkan hadiah percuma  berbaloi dengan saiznya yang cukup besar. Siapa yang tidak mahu container yang besar ditambah harga promosi kitkat yang menguntungkan.


Jadi aku fokus pada matlamat aku untuk menjual kitkat tersebut dengan lebih banyak, aku mula menukar strategi dialog yang lebih berkesan 


Jika dikira1 paket kitkat RM 9.99 ( harga promosi), namun jika pelanggan membeli 2 paket kitkat RM 18 ditambah percuma container 1 tingkat akan jatuh RM 9 untuk  1 pek kitkat.Agak berbaloi juga untuk dibeli kerana kontainer tersebut banyak kegunaan untuk mengisi kuih muih dan faedah selainnya adalah kedap udara.


Aku pun mula stategi aku dengan menegur pelanggan sambil memporomosi keunikan keunikan Kitkat tersebut.

Sedang sibuk membelek belek kitkat tersebut aku terjumpa seorang makcik yang lalu di rak aku berdiri.


" Selamat petang,saya promoter yang menjual produk Kitkat.Untuk pengetahuan cik, setiap 1 pek Kitkat Nestle dijual hanya RM9.99 untuk 1 pek . Tetapi jika beli 2 harga 1 pek akan jatuh pada RM9 dan secara tidak langsung encik akan dapat percuma 1 container". Aku terus tunjuk container yang besar gedabak itu kepada pelanggan tersebut.

Aku beritahu  cara pengiraan  yang betul supaya pelanggan nampak jelas mengenai keuntungan membeli produk coklat kitkat tersebut ditambah hadiah percuma yang diberi oleh pelanggan.


Pelanggan tersebut berkata." Ok saya ambil" . Aku secara tidak langsung menghulur pek kitkat  tersebut sambil senyum gembira. Siapa yang tidak gembira apabila pelanggan terus bersetuju. Berhasil taktik jualan tersebut.


Setiap pelanggan yang melalui rak tempat aku berdiri ataupun kadang kala aku yang mencari pelanggan di rak lain. Kebanyakan pelanggan semuanya akan beli selepas mendengar penjelasan aku mengenai promosi. Jadi  secara tidak langsung mereka juga bersetuju dengan promosi yang ditawarkan oleh Kitkat disebabkan aku. Hahaha.


Pasaraya tersebut akan sesak secara tiba tiba bergantung kepada waktu kerja pelanggan untuk masuk ke pasaraya. Selalunya kesesakan akan bertambah apabila waktu tengahari dimana  pelanggan akan keluar makan sambil membeli belah.Kedudukan pasaraya tersebut yang berada di tengah Kuala  Lumpur merupakan salah satu faktor kawasan tersebut menjadi tempat srategik dan mempunyai banyak pengunjung. Ini memudahkan kerja aku untuk buat penjualan kitkat kerana pelanggan tidak putus putus masuk dan keluar dari pasaraya tersebut.


Pek kitkat mempunyai pelbagai jenis  yang dijual seperti kikat wafer, kitkat crunch ball. Namun yang lebih difokuskan adalah untuk menjual kitkat 2 finger dimana satu pek mempunyai 2 finger untuk 8 batang.


Jadi lebih berbaloi jika membeli 2 paket.


Jam menunjukkan pukul 2 petang dimana waktu untuk  aku berehat. Sebelum aku meinggalkan rak untuk makan, aku akan mengira kuantiti pek coklat yang telah dijual dan baki yang tinggal di rak, serta menyusun semula  t dengan lebih teratur supaya apabila aku pulang nanti pengiraan kali kedua akan dibuat semula untuk mengentahui bilangan stok yang telah diambil oleh pelanggan selama 1 jam aku berehat. Pengiraan yang tepat sangat penting untuk menganggarkan jumlah amaun yang berjaya terjual di pasaraya tersebut.


Selesai pulang berehat, aku telah membuat pengiraan kali ke 2 di mana aku mendapati kitkat 2f telah diambil oleh pelanggan sebanyak 20 paket, manakala paket crunch ball telah diambil sebanyak 7 paket. Jumlah pengiraan adalah 27 paket teah terjual selama 1 jam untuk jenama kitkat. Semuanya aku catit dibuah kertas yang diberikan oleh supervisor yang menguruskan aku di outlet ini. Untuk pengetahuan promoter bagi setiap outlet mempunyai supervisor yang akan berjalan ke pasaraya yang diberikan untuk melihat cara kami bekerja.


Jam menunjukkan sudah  pukul 8 malam di mana pelanggan mulai berkurang dan aku pun sudah pun penat berpusing apabila aku berasa bosan. Awas, jika ada pelanggan yang lalu di rak cepat cepat aku  mempromosi produk. Memang sedikit penat, tetapi itulah lumrah dalam bekerja dalam bidang penjualan yang memerlukan komitmen yang tinggi Kerana kita  jumpa pelbagai ragam dan jenis pelanggan.


Kadang kadang jika pelanggan tiada mood interaksi dia mungkin akan bermasam muka atau marah. Kita yang terpaksa menerima apa sahaja tempias kerana " customer always right". Jadi komunikasi yang berkesan antara penjual dan pelanggan penting bagi menghadapi pelbagai jenis pelanggan.


Sedang siap siap untuk pulang, ada seorang lelaki datang berkaca mata, berkulit coklat, kelihatan seperti pengunjung daripada luar negara.


Aku menyapa."Good evening sir, we do have promotion on going which we are selling kitkat for Rm18.99  for 2 packet entitled to get  container for free,here is the chocolate",ringkas tapi padat.

Aku memberikan 1 paket kitkat kepada pelanggan tersebut untuk dibelek belek. Pelanggan tersebut terus bersetuju dan mengambil 20 paket sekali gus. Aku tersenyum tanda puas hati kerana catitan aku akan bertambah angka dan setelah dikira kira anggaran jualan yang dibuat di pasaraya tersebut sangatlah banyak.


Selesai mengucapkan terima kasih kepada pelanggan tersebut dan menyerahkan beberapa container pelanggan tersebut pergi.


Untuk penutup terakhir, aku masih membuat pengiraan di rak dan membuat sedikit catitan anggaran untuk item yang telah aku jual. Cukup penat tapi puas.


Itulah pengalaman menjual yang tidak boleh aku lupakan.

No comments:

Post a Comment

Ulasan Asas Penulisan Blog

Sememangnya pengalaman menulis sudah lama tidak dipraktikkan. Zaman sekolah sudah lama habis. Ini lah peluang ini untuk belajar. Bila difiki...