Monday 7 February 2022

Jom joging

Aktiviti fizikal yang kebanyakan menjadi pilihan biasanya bermula dengan aktiviti berjoging dan berlari. Ianya mudah kerana aktiviti berjoging tidak memerlukan peralatan untuk mulakan senaman. Kasut sukan diperlukan sebagai pelindungan untuk menutup keseluruhan kaki ketika aktiviti berlari dilakukan dan yang paling menarik aktiviti ini dapat dilakukan di mana mana sahaja. Mudah bukan?


Untuk pemula,  pemilihan aktiviti berlari sangat bagus dalam program pengurusan berat badan kerana aktiviti berlari ini mampu membakar jumlah kalori yang besar berbanding aktiviti yang lain jika diamalkan  secara konsisten. Kebanyakan aktiviti lari ini dilakukan bagi proses penurunan berat badan kerana ianya dikatakan mudah dan fleksibal boleh dilakukan di mana mana sahaja. Kesabaran dan juga kuat dari fizikal dan mental adalah kunci utama kejayaan dalam  dalam aktiviti berlari ini.

 

Aku tidak pernah berlari sejujurnya. Aku berpendapat berlari akan menjadikan aku penat dan letih  .Sudah tentu semua aktiviti senaman akan memenatkan tetapi aktiviti larian ini memerlukan kecekalan untuk berlari dari satu sudut ke sudut yang lain. Tidak kira berapa banyak kita berhenti dan berehat aktiviti berlari tetap perlu diteruskan. 

Suatu ketika dahulu, aku tinggal di satu penempatan yang mempunyai taman. Jika dikira untuk mengelilingi taman tersebut jarak perjalanan dikira sejauh 1.3 kilometer yang aku rasa akan banyak buatku berhenti  hanya untuk berehat sahaja. Aku jadi terfikir bagaimana pelari pelari marathon mampu berlari 1 sehingga 2 jam untuk 50km sehingga 100km . Sudah terus lutut akan cepat cramp dan badan mula sakit sakit. 

 Jadi aku buat keputusan untuk mencuba aktiviti larian ini untuk mengukur kemampuan aku  dalam aktviti larian ini. Sama ada aku mampu menghabiskan atau tidak aku akan tahu kekuatan fizikal dalam di akhir aktiviti yang aku akan buat ini.

Untuk persediaan pertama yang aku lakukan adalah aku membeli sepasang kasut sukan yang tahan lasak. Kedua, aku menempah t shirt sukan khas untuk dipakai waktu berlari sahaja sudah cukup  dan sudah boleh bermula aktiviti larian. aku sudah mendownload satu aplikasi hanya untuk monitor kadar tempoh masa aku berlari.

Hari pertama, sebelum mula berlari aku sudah sudah mengenalpasti beberapa checkpoint untuk aku berhenti. Aku lakukan begini kerana aku tidak pernah berlari sebelumni.

Sebelum mula berlari aku akan berdiri di satu checkpoint  sambil menetapkan aplikasi larian untuk mengira tempoh aku berlari.  Aku pun mula berdiri di sebelah pokok yang menjadi check point pertama aku.


1,2, 3. Mula sambil aku mengetip  pada butang aplikasi larian.

Aku mula berlari secara perlahan namun semakin jauh aku semakin penat dan aku mula berhenti di check point kedua di pokok dan aku mula menekan butang berhenti di aplikasi.

Nafas aku tercungap cungap.Aku berdiam diri sebentar dan berehat untuk menghilangkan penat. 

Aku melihat pada aplikasi tersebut 2 minit untuk satu larian.

Aku berehat dalam masa 5 minit. Dalam kepala sudah aku anggarkan untuk berhenti di check point mana berdasarkan pemerhatian aku seterusnya.

Aku menghelas nafas kepenatan. Kebetulan tiada orang di situ.


Setelah itu, 


123 aku tekan butang kedua pada aplikasi untuk larian kedua. Sama juga 2 minit tetapi kali ini aku berhenti di kereta.

Aku berhenti tanda penat. Aku menghela nafas. Aku berehat juga sebentar kali ke kedua.

Agak memenatkan. Seluar aku sudah sedikit basah.

Aku ulang untuk larian ke 3,4,5 .

Aku berhenti untuk minum air. Aku telah siap siap untuk pulang.

Sungguh berlari agak memenatkan  namun memerlukan mental yang kuat.






No comments:

Post a Comment

Ulasan Asas Penulisan Blog

Sememangnya pengalaman menulis sudah lama tidak dipraktikkan. Zaman sekolah sudah lama habis. Ini lah peluang ini untuk belajar. Bila difiki...