Saturday 5 February 2022

Masa oh Masa

Semalam dah set 6.30 pagi.


Tenung lama di telefon bimbit agak lama.


Mampukah?


Pelbagai perkara dalam minda yang sudah dirangka untuk rancangan yang akan dilakukan esoknya.


Semenjak aku menyertai kelas penulisan blog, masaku terisi dengan aktiviti menulis yang sebelumni aku tidak terfikir untuk menulis.


Kenapa menulis?


Sebab minat.


Sebelumni memang aku ada terfikir untuk menjadikan menulis sebagai aktiviti harian sepenuh masa, namun kerana kekangan masa, niat dilupakan begitu sahaja.


Bila dah ada masa,barulah aku betul betul fokus untuk menjadikan penulisan sebagai aktiviti sepenuh masa. Untuk perancangan dalam tempoh yang panjang, perlu disusun satu persatu agar tidak tercicir. Jika diamati, kunci kepada semua ini adalah penggunaan masa.


Ya masa.


Aku selalu mendengar pepatah melayu mengatakan " masa itu emas". Pepatah Orang Putih mengatakan " masa itu wang ".


Apapun jenis pepatah berkenaan masa dapat disimpulkan kepentingan masa dalam membentuk corak dan masa hadapan seseorang kerana pepatah  biasanya dicipta untuk memberi manfaat kepada manusia untuk tidak terleka.Yang ini aku setuju sangat. Sebab itu  persediaan dari segi fizikal dan mental penting untuk semua ini.


Apa apa pun perkara yang dilakukan berkait rapat dengan penggunaaan masa.


Aku menoleh lagi skrin di telefon bimbit. Tangan aku mula menolak skrin level sound untuk lebih kuat supaya aku dapat dengar dengan jelas. Jam menunjukkan sudah masuk pukul 12 malam. Masa untuk tidur. Aku juga perluka masa untuk persediaan menulis untuk esok.


Sebelum melelapkan mata, dalam hati ku berdetik "niat aku adalah dapat menjadikan kelas penulisan ini untuk memanfaatkan  masa agar digunakan sebaik mungkin".


1, 2, 3 ....

No comments:

Post a Comment

Ulasan Asas Penulisan Blog

Sememangnya pengalaman menulis sudah lama tidak dipraktikkan. Zaman sekolah sudah lama habis. Ini lah peluang ini untuk belajar. Bila difiki...