Saturday 5 February 2022

Pengenalan asas Penulisan blog,

Bangun pagi hari ini aku terus toleh kiri dan kanan,

Harap harap tak lambat, 

Rasa mengantuk tu masih ada tapi aku gagahkan diri juga bangun, 

Kenapa aku perlu bersemangat sebab aku dah set dalam kepala hari ini adalah hari permulaan untuk kelas Blog Penulisan yang dikendalikan oleh Cik Hifzaila,

Jadi aku kena buat betul betul untuk hari pertama Walaupun semalaman aku telah direject untuk tidak menggunakan nama panggilan bagi penulisan blog.


Tiba tiba,

Satu wasap masuk atas nama Cik Hifzaila. Pagi pagi cikgu Hifzaila sudah mengucapkan selamat pagi dan memberitahu sesuatu yan sudah ku jangkakan dari awal.

Aku terus toleh ke telefon bimbit dan terus membuka wasap tanpa berlengah. tertera dalam wasap tersebut memberitahu " Athirah, nama blog kamu perlu menggunakan nama Kad pengenalan berbanding nama menggunakan timangan, pengetua masih tidak meluluskan dan kamu perlu buat semula".


Aku sudah agak. Sebenarnya diikutkan aku sudah tukar beberapa kali nama blog iaitu Syira,athhiiraah tapi masih ditegah oleh pengetua. 


Terus aku terima wasap yang kedua yang aku sudah jangkakan juga. Cikgu Masayu. 


Cikgu Masayu memberitahu mengenai kepentingan menggunakan nama mengikut kad pengenalan.Panjang lebar wasap tersebut dari Cikgu Masayu.


Aku mula mengangguk membaca satu persatu dan mengiayakan ayat ayat yang dihantar oleh Cikgu Masayu.Ada benar kata Cikgu.

Nama yang diberi adalah satu doa. Doa untuk kejayaan buat diri sendiri.Jadi aku kena lebih bersyukur dan percaya dengan menggunakan nama sendiri iaitu Athirah yang bermaksud" diutamakan".


Barulah aku mengerti mengenai penekanan menggunakan nama sendiri dan kesannya pada masa akan datang.


Betullah, adab dalam kelas, mesti kosongkan air dalam kelas. Buang ego untuk serap ilmu lebih.Satu nasihat yang bermakna sehingga sekarang. Maaf Cikgu Masayu dan Cikgu Hifzaila.


Pengajaran pertama untuk kelas penulisan blog. 

1 comment:

  1. Semua orang buat silap. Yang penting mahu baiki dan jadi lebih baik.

    ReplyDelete

Ulasan Asas Penulisan Blog

Sememangnya pengalaman menulis sudah lama tidak dipraktikkan. Zaman sekolah sudah lama habis. Ini lah peluang ini untuk belajar. Bila difiki...