Saturday 5 February 2022

 Nama saya Athirah. Saya mempunyai 7 orang adik beradik. Dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur dan Membesar di Selangor. Pendidikan tertinggi saya adalah Stpm. 

Dari segi pekerjaan sebelum ni saya banyak melakukan jualan yang melibatkan interaksi dengan pelanggan. Untuk menghasilkan jualan yang baik, seseorang perlu tahu etika mengendalikan pelanggan ketika proses jualan dilakukan. Semestinya akan jadi mudah jika kita bijak menguruskan pelanggan kerana bidang jualan ini adalah satu perkara yang mencabar disamping menghadapi kerenah pelanggan terutama dalam proses pembelian.  Pengendalian emosi pelanggan yang baik menjadi tunjang utama dalam menjadikan diri kita lebih matang dan bersabar. Itu serba sedikit mengenai pekerjaan yang saya lakukan sebelum ini.

Namun, aktiviti yang paling digemari adalah menulis. Bagi saya menulis adalah terapi jiwa dalam pembentukan rohani dan jasmani seseorang. Melalui penulisan kita akan jadi lebih kritis dalam mengembangkan idea. Setiap idea idea yang dikupas akan menjadikan  kita seorang yang berfikir. Justeru itu, untuk pemantapan penulisan dan karya saya menjadikan hobi membaca sebagai pencetus karya karya  bagimenambahkan ilmu pengetahuan dalam mendapatkan ilham. Pemupukan aktiviti membaca sangat penting kerana ia dapat menjadikan minda lebih tajam dan sentiasa membuahkan idea idea yang menarik.

Buku buku yang menjadi pilihan saya adalah buku genre cinta dan thriller.  Buku jenis thriller yang paling saya gemari adalah dari penulis Awang Mursyid yang sentiasa menjadikan watak watak yang beliau seolah olah hidup dan berperanan baik dalam setiap watak yang diberikan. Perasaan ingin tahu pembaca menjadikan pengakhiran cerita beliau sesuatu yang sentiasa dinanti nanti oleh pembaca. Malah ada pembaca  yang membeli koleksi buku buku beliau hanya kerana gemarkan karya karya beliau yang dikatakan sebagai" bijak dalam berkarya".

Selain itu, aktiviti yang dipupuk adalah memasak. Kenapa memasak? Sebab aku tak suka memasak. Ya. Aku perempuan dan aku tak suka memasak. Untuk zaman sekarang yang serba moden tidak pelik jika perempuan tidak pandai memasak. Namun ada satu titik perubahan menjadikan aku serba sedikit mempelajari memasak kerana faktor desakan hidup. Tapi setelah mempelajari asas memasak akhirnya aku mula memasak kerana sebelum tu aku "complicated" kan diri otak mengatakan bahawa memasak itu susah. Sebenarnya memasak itu tidak susah tetapi ia memerlukan sedikit kesabaran dan juga  perlu tahu seberapa bahan dan kegunaan untuk memasak sesuatu makanan.

Akhir sekali, salam perkenalan.











No comments:

Post a Comment

Ulasan Asas Penulisan Blog

Sememangnya pengalaman menulis sudah lama tidak dipraktikkan. Zaman sekolah sudah lama habis. Ini lah peluang ini untuk belajar. Bila difiki...